Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Sabtu, 26 November 2016

KLINIK SURAH AL-FATIHAH DI SACC MALL SHAH ALAM

25/11/2016-27/11/2016-ESOK HARI LAST!
KLINIK SURAH AL FATIHAH SECARA PERCUMA OLEH PINTA SELANGOR. 
DIANJURKAN OLEH YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR ( YAPIS)
SEBAGAIMANA YSNG DI COPY PASTE:
 السلام عليكم
ORANG SHAH ALAM📢📢📢
Utk makluman, kita ada mengambil booth untuk PINTA Selangor yang dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS)

TARIKH   :25 – 27 November 2016 
LOKASI   : Grand Shah Alam BallRoom, Shah Alam Convention Centre (SACC) .

Tujuan kita menyertai Booth ini untuk mempromosikan PINTA SELANGOR dan Madrasah/Maahad/Pusat Pengajian yang menjadi ahli kita kepada orang awam.Jika ada sebarang flyer/iklan Institusi atau produk Madrasah boleh serahkan pada wakil kami yang bertugas, sila hubungi 0189094093 En. Tarmizi
-PENGERUSI PINTA SELANGOR, 
MAULANA MOHD DAILAMI

Selasa, 22 November 2016

Yuran atau duit poket?

Selalu juga saya diajukan soalan, jika nak menaja pelajar mana satu lebih utama duit yuran atau duit poket?
Bagi saya kedua-duanya penting tapi tengok juga pada keadaan. Kalau pelajar universiti/ kolej, mungkin duit poket lebih penting sebab walaupun mereka sudah dapat pembiayaan yuran/ pinjaman PTPTN / biasiswa, ada juga yang datang dari keluarga susah. Terkadang mereka terpaksa menyara diri sendiri dengan kerja sambilan, makan minum apa yang ada saja. Duit yang ada mereka utamakan untuk beli buku dan peralatan. Jadi kalau tengok pelajar tu nampak smart/cantik/kemas belum tentu perutnya terisi lagi hari itu. 
     Sebaliknya jika madrasah, saya percaya, kebanyakan madrasah ada memberi peluang kepada pelajar yang susah dengan memberi belajar tanpa yuran, kerana hati sangat berat menolak permohonan orang yang mahu belajar..disitu juga sudah sedikit lompang dari segi kewangan, jika ada kudrat , madrasah mencari tajaan, tapi biasanya  dihalalkan saja mengharap balasan Tuhan.
 Jadi saya berpendapat, jika ada lebihan harta utamakan tajaan bayar yuran dulu, sebab kebiasaannya pelajar madrasah ni dalam lingkungan umur belasan tahun lagi, jadi kalau setakat duit poket tu tak perlu risau, ibubapa/penjaga mereka masih bagi walau tak banyak. Tambahan pula biasanya makanan disediakan setiap hari untuk pelajar asrama. Jadi apabila anda menaja yuran pelajar, anda bukan sahaja membantu pelajar tetapi juga madrasah.
     Ini belum cerita tentang orang mampu yang tidak melunaskan hutang yuran. Banyak saya dengar keluhan dari sahabat saya dan juga mudir-mudir madrasah di dalam group, banyak hutang yuran yang tertunggak. Bila bercakap tentang hutang, ini bukan tentang orang yang bermesyuarat dengan pihak pentadbiran untuk pengecualiaan yuran tetapi mereka ini setiap bulan agak bermewah tetapi tidak membayar yuran. Ada yang sekian lamanya tertunggak, kemudian berhenti madrasah begitu saja tanpa langsaikan hutang.Penghutang pun sudah tidak dapat dikesan lagi meninggalkan hutang lapuk.
    Begitu ramai yang berperangai begini sehinggakan jumlah tunggakan yuran terkumpul mencecah ratusan ribu ringgit. Sedangkan kebanyakan madrasah tidak dibiayai oleh mana-mana badan, atau kerajaan dan mereka juga tidak gemar meminta minta. Jika meminta hutang yuran dikatanya orang ustaz hamba dunia.  Jadi madrasah beroperasi dengan lompang di sana-sini. Jika tidak ditadbir dengan baik, boleh lumpuh operasi madrasah, bukan tiada madrasah yang tutup kerana masalah kewangan..

Sekian dulu untuk kali ini. Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.
*Baca pula MASALAH PENGUSAHA MADRASAH YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

Kejayaan yang sebenar.


Banyak manusia berkata bahawa kejayaan adalah perkara yang subjektif, mengikut garis penentu dan pemahaman masing-masing.
 Pengikut pemahaman orang yang mahu kaya, diletak penentu kejayaannya bila mereka kaya, jika kemasyhuran yang dicari maka kejayaan itu bila sudah tersohor. Maka begitulah penanda aras kejayaan lain-lain mengikut kehendak yang pelbagai.
 Maka apakah sebenar-benar kejayaan hakiki? Kejayaan yang sebenar adalah mentaati agama. Tidak kira apa pekerjaan kita, jika peniaga, jadilah peniaga yang mentaati agama. Jika doktor, jadilah doktor yang mentaati agama, jika pemerintah, jadilah pemerintah yang mentaati agama.