Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Selasa, 28 Mei 2019

Empat jenis manusia yang tidak diampunkan Allah

Terdapat di dalam hadith yang panjang, pada Lailatul Qadr di bulan Ramadhan dimana doa-doa orang yang berdoa didengari dan dosa-dosa mereka diampunkan, terdapat empat jenis orang yang tidak diampunkan dosanya:
1- Orang yang berterusan minum arak
2- Orang yang menderhakai ibu bapa
3-Orang yang memutuskan silaturrahim
4-Orang yang berhasad dengki dan memutuskan hubungan.
Sedangkan Allah ta'ala itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, empat jenis orang tersebut dikecualikan dari pengampunan walau di bulan yang penuh keberkatan. Betapa rugilah mereka ini. Kepada siapa lagi yang mereka harapkan perlindungan jika Allah Yang Maha  Pengasih pun murka pada mereka?
Bertaubatlah dan hubungkan silaturrahim, pintu keampunan sentiasa terbuka selagi nyawa bersisa.

Ahad, 26 Mei 2019

Kenapa orang berlumba ber'iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan?

Sesiapa beriktikaf selama sehari kerana mencari keredhaan Allah subhanahuwa ta'ala, maka Allah akan  menjadikan penghalang di antaranya dan neraka sejauh tiga parit. Sedangkan satu parit lebih lebar antara jarak di antara langit dan bumi.
Sebanyak mana bilangan iktikaf bertambah, sebanyak itulah ganjarannya bertambah.
Seseorang dapat memperuntukkan sepenuh masanya untuk Allah setelah sepanjang tahun sibuk dengan urusan dunia. Dengan iktikaf seseorang itu dikira beribadat pada setiap masa, walaupun pada waktu tidurnya , selagi mana dia tidak melakukan perkara yang membatalkan iktikaf. Nabi sallallahu alaihi wa sallam selalu beriktikaf sepuluh hari terakhir maka para ulama berpendapat bahawa beriktikaf 10 malam terakhir Ramadhan adalah sunat muakkad.

Sepotong hadis di dalam Misykat menyatakan bahawa Saidina Abdullah Bin Abbas r.a berkata bahawa sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda tentang orang beriktikaf bahawa dia terpelihara daripada dosa-dosa dan dia akan diberikan ganjaran amal-amal kebaikan sama seperti orang yang melakukan semua amalan kebaikan itu.

 Dunia hari ini tempat suci beribadat dibawa masuk lagu-lagu dengan nada ringtone handphone masing-masing.Haruslah diingat, tujuan orang beriktikaf adalah untuk memelihara diri dan hati supaya tawajjuh pada Allah, jangan pula dicemari dengan maksiat atau disia-siakan masa dengan menonton video di youtube (yang tidak sepatutnya) dalam handphone untuk menghabiskan masa. Dia telah berbuat zalim apabila melakukan maksiat di tempat suci pada waktu yang berkat.

Salah satu sebab iktikaf 10 malam terakhir Ramadhan juga adalah supaya kita dapat menemui  Lailatul Qadar dengan keadaan diri kita beribadat kepada Allah.
Dalam keratan hadith yang panjang riwayat ibnu Hibban dan Baihaqi ada menyebutkan " Apabila tiba Lailatul Qadar, Allah akan memerintahkan Jibrail alaihissalam supaya turun bersama satu kumpulan besar para malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau, Jibrail alaihissalam akan memacakkan bendera itu di atas ka'bah. Jibril alaihissalam mempunyai seratus sayap, dua daripada sayap itu tidak pernah dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu Jibrail membuka kedua-dua sayapnya sehingga menutup dari timur hingga ke barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail akan mendorong para malaikat supaya mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang berdiri atau duduk (beribadat) dan yang bersolat dan yang berzikir.Maka para malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar.
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.


Sabtu, 25 Mei 2019

Surah Al Baqarah with unanimated pictures (Shaikh Sudais)

Samaada kita suka atau tidak, rumah yang mempunyai gambar dan anjing tidak akan dimasuki Malaikat Rahmat.
Surah Al Baqarah bacaan Syaikh Sudais untuk didengarkan untuk diri sendiri semasa di rumah atau kedai, sebagai usaha perlindungan diri / rumah dari jin dan sihir. Didatangkan tanpa gambar manusia/binatang kerana gambar yang tergantung di dinding boleh menghalang kemasukan malaikat rahmat ke rumah. Nak balik beraya rumah kampung tinggal kosong setahun sekali baru ada orang, lebih elok lah lagi jika dibaca Al Baqarah secara manual sendiri.
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.