Berkurangan banyak, lari bajet. Masalah yang mendatang, semua dalam pengetahuan Allah. Kita mengharapkan rezeki dari manusia, sedangkan manusia itu juga Allah yang tetapkan rezeki mereka.
Kita boleh susun, tapi Allah yang tetapkan rezeki kita. Bila kita mengharap pada makhluk, Allah bagi peringatan, datangnya masalah supaya kita ingat bahawa yang memberi itu Allah. Yang Mengetahui, Yang Menetapkan, Yang Menjayakan, Yang Menyenangkan, Allah jua.
Tugas kita muhasabah diri, berusaha, berdoa dan berharap dan berserah kepadaNya, disamping mengelakkan dari dosa, kerana dosa itu penghalang rezeki. Bila kita terlalu yakin hanya pada usaha dan perancangan kita, bererti kita telah sombong pada Yang Maha Berkuasa. Di situlah mula akan ada masalah. Sentiasalah periksa diri dan niat, semoga semuanya dalam redhaNya.
Sungguh, sombong itu maksiat hati.
Salam ukhuwwah dari team Muslim dan Kehidupan, jumpa lagi.