Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Isnin, 23 September 2019

Menunggu Rezeki

Kira-kira sudah dibuat, perancangan perbelanjaan sudah dibuat. Cukup-cukup dengan pendapatan. Sepatutnya begitulah. Lupa yang memberi rezeki adalah Allah. 

Berkurangan banyak, lari bajet. Masalah yang mendatang, semua dalam pengetahuan Allah. Kita mengharapkan rezeki dari manusia, sedangkan manusia itu juga Allah yang tetapkan rezeki mereka. 

Kita boleh susun, tapi Allah yang tetapkan rezeki kita. Bila kita mengharap pada makhluk, Allah bagi peringatan, datangnya masalah supaya kita ingat bahawa yang memberi itu Allah. Yang Mengetahui, Yang Menetapkan, Yang Menjayakan, Yang Menyenangkan, Allah jua. 

Tugas kita muhasabah diri, berusaha, berdoa dan berharap dan berserah kepadaNya, disamping mengelakkan dari dosa, kerana dosa itu penghalang rezeki. Bila kita terlalu yakin hanya pada usaha dan perancangan kita, bererti kita telah sombong pada Yang Maha Berkuasa. Di situlah mula akan ada masalah. Sentiasalah periksa diri dan niat, semoga semuanya dalam redhaNya. 
Sungguh, sombong itu maksiat hati. 
Salam ukhuwwah dari team Muslim dan Kehidupan, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan