Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Selasa, 16 Julai 2019

Dokumen untuk temuduga JAIS kategori pas ikhtisas pelajar islam 18 tahun ke bawah

Di Selangor, jika memohon visa /pas ikhtisas, anda mesti ditemuduga terlebih dahulu di Pejabat JAIS, Shah Alam, Selangor.
Untuk kategori bawah 18 tahun, perlu dapatkan BORANG PERMOHONAN SURAT SOKONGAN VISA BELAJAR dari JAIS. Kemudian bawa dokumen dokumen di bawah pada hari Selasa (sesi pagi sahaja) ke Jabatan Agama Islam Selangor, Shah Alam.
Untuk negeri lain bolehlah menghubungi Pejabat di JABATAN AGAMA NEGERI masing masing.
1- Satu borang permohonan yang telah dilengkapkan.
2- Satu gambar berukuran passport
3- Satu Salinan pasport yang telah disahkan
4- Satu salinan sijil/ Surat Perakuan Pendaftaran sekolah.
5-  Surat tawaran belajar daripada sekolah/madrasah
6-Surat sokongan/pengesahan belajar daripada sekolah
7-Surat pengesahan guru pengiring / wakil guru (jika dibawa oleh kerani ) daripada pihak sekolah/madrasah
8- Satu salinan Sijil Kelahiran yang telah disahkan
9- Satu Rekod kehadiran murid 3 bulan terakhir yang telah disahkan (untuk permohonan ulangan)
10-Satu laporan prestasi /kemajuan pengajian yang telah disahkan
11- Lain lain dokumen yang difikirkan perlu untuk menyokong permohonan dan telah disahkan (mengikut budi bicara pegawai- untuk sekolah, perlu kepilkan photostat SSM yang disahkan)
*semua dokumen perlu ada pengesahan dan cop.
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan