Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Khamis, 8 April 2021

Memelihara maruah diri





Memelihara Maruah Diri

Mengerikan bila tengok data dan statistik REMAJA terjerat dengan perbuatan yang salah laku seksual berlawanan jenis atau sesama jenis dari pelbagai tempat. 

Antara perkara yang akan saya sebut setiap awal tahun juga ada berkenaan dengan perilaku yang tidak bermoral ni.

Rata rata di dunia hari ni mempromosikan seks bebas. Anak remaja kita "diserang" dan di'brainwash' setiap hari. Tidak cukup dengan TV, sekarang screen ada di setiap fon. Yang tinggal hanya kamu mahu apa dengan fon . Walaupun tiada kes, kita tetap perlu ingatkan dan dedahkan takat mana yang tidak boleh, mana yang boleh. 

Muda mudi hari ini disogokkan dengan cerita cinta itu indah, sedangkan couple itu haram, sama ada berlawanan jenis apatah lagi jika dengan sesama jenis. 

Jadi tanggungjawab kita untuk mencegah. Lebih baik mencegah. Cegah maknanya jangan bagi chance langsung ia dari berlaku.

Cegah dari awal. Mesti bermula dari diri sendiri, bagaimana kita perlu jaga diri dan kawal perbuatan kita. Jaga batas perilaku dan pelihara maruah diri. 

Kemudian baru batasan pergaulan dengan orang lain. Walaupun, sesama jenis. Tetap ada batasannya. Jangan diikutkan drama cinta. Dalam TV nampak sweet lagaknya. Tapi realitinya cerita perbuatan duduk-duduk berduaan di tepi taman berakhir dengan kisah pembuangan anak. Nauzubillahi min zaalik.  

Perangai syaitan sentiasa mencucuk hati manusia dengan bisikan maksiat. Kita tidak tahu cucukan mana yang akan merasuk hati. Jangan sesekali kita rasa diri mulia dan selamat. Perlu takut dan selalu minta perlindungan dari Allah supaya dijauhi dari perbuatan dan fikiran yang jahat. Takuti fitnah dari lelaki mahupun fitnah dari perempuan.

اللهم انا نعوذ بك من فتنة الرجال و فتنة النساء ونعوذ بك من  فتنة المحيا والممات. 

Hazwani CheAge 

Diari madrasah siri 2

*Gambar tahun lepas di DUAZ, anjuran program NGO: Kesihatan Seksual Remaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan