Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Jumaat, 18 Oktober 2019

BMF DAN SEGALA KEMPEN

Setelah beberapa waktu mengikuti perkembangan kempen Buy Muslim's First (BMF), hari ini boleh saya katakan kempen ini lebih berkesan dari sebarang kempen, hatta lebih lagi dari kempen b*ik*t segala barangan yahudi sekaliannya. Hebat. Sebenarnya kampen utamakan barangan muslim ini sudah lama  dibuat, tapi tak seperti kita tengok pada hari ini sebelumnya hanya bertiup sepoi sepoi layu tak bersambut. Tiada kesatuan.
 Hari ini, kampen ini dirasa di kebanyakan  denyut nadi muslim seMalaysia, disentuh sehingga ke ulu hati, bukan hanya  ustaz-ustazah bahkan setiap lapisan masyarakat yang kebanyakan celik internet. Kesannya, kita boleh nampak permintaan tinggi mendadak sesetengah produk dan perkhidmatan syarikat muslim. Harap benar, suasana ini tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Ya, kebanyakannya orang yang tidak celik internet masih tidak disapa dengan kempen ini, mak cik pak cik di ceruk kampung atau yang tiada akses internet , harapnya ada lah yang menyampaikan.
Menariknya dengan penyatuan hati muslimin muslimat ini, terlalu banyak produk muslim yang berkualiti dan berpotensi besar diketengahkan. Hebat orang kita. Kita saja yang tidak tahu,  bila tidak laku, bagaimana hendak pusing modal? Semoga berniaga dengan rahmat Allah, lebih maju ke depan lagi untuk berkhidmat pada umat muslim keseluruhannya. Yang berniaga dapat untung, yang mengguna dapat hindarkan dari perkara yang syubhah, yang miskin dapat lah tempias zakatnya,  bersama-sama membina ummat yang cemerlang.
Salam ukhuwwah dari team Muslim dan Kehidupan, jumpa lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan