Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Khamis, 24 Oktober 2019

Macam Mana Saya Menulis Blog

Satni masa letakkan kepala ke bantal, idea datang  mencurah curah, dipaksanya mata, tetap buntang tak mau tidur....bila duduk depan lap top hilang habis apa yang nak dikata...

Mood
Nak menulis ni kena tengok mood jugak sebenarnya tuan tuan, kalau nak menulis rumah tunggang langgang, anak bertempik sini sana otak pun tak mau kerja.

Info
Biasanya sebelum menulis, perhatikan betul betul tajuk apa yang nak dibawa, kumpulkan maklumat sebaiknya. Maklumat tu seeloknya dah terkumpul di satu tempat. Seeloknya catat, paling baik, terus tulis inti dia di blog, kemudian save kan jadi draf dulu, bila bila masa jumpa lagi maklumat berkaitan tulis sikit lagi..download app blogger dalam phone, yang sikit-sikit tu boleh la tulis guna handphone. Kalau banyak sangat nanti masalah pulak dengan tangan kelenguhan dan berpinar mata. 

Semangat
Biasanya kita bersemangat nak menulis kalau kita rasa benda tu akan membuka luas mata orang ramai atau memberi faedah. Dulu saya selalu tertanya kenapa kalau search, banyak maklumat dalam bahasa Inggeris saja, bahasa Melayu Indonesia pun banyak..tapi bahasa Melayu Malaysia susah sikit nak dapat. Mungkin sebab orang kita tak suka sangat menulis dan menterjemah, ya ada tapi tak sebanyak info dalam bahasa Indonesia.. Tu dulu...zaman sebelum facebook lahir. Sekarang ni ok lah, masing masing dah celik IT. Harapnya jika nak menulis tu jangan asyik copy paste je artikel orang, sebaiknya kita tulis apa yang kita tahu...atau terjemahkan buku-buku ilmiah pelbagai bahasa ke bahasa Melayu.

Langkah secara berpada
 Kalau kita rasa dah banyak, maka banyakkan lah lagi...supaya masyarakat kita tak hanya berkisar pada pusingan kecil yang sama. Kalau nak kaji, ilmu sejarah Melayu sendiri pun sangat banyak yang kita belum tahu, apatah lagi ilmu-ilmu lain yang sangat besar ruangnya di alam ini. Seeloknya kita tulis apa yang kita minat, baru lah laju langkah kita. Jangan pula buat yang melangkaui batas tenaga dan kemampuan kita, kita akan keletihan tak terkejar..seterusnya terus mati niat. 

Masa
Kalau menulis ni secara sambilan (part time) saja, seeloknya kita tetapkan waktu yang sesuai dengan keadaan semasa  dan selesa untuk kita menulis. Setengah orang mungkin lebih selesa waktu pagi, mungkin setiap Ahad ke,  kalau  saya, malam jadi pilihan saya, waktu malam, sunyi dan tiada gangguan urusan seharian. Setengah orang, saya pernah dengar, kalau senyap sangat dia tak boleh berfikir..kena ada bunyi jugak hah yang ni rare! so, terpulang lah pada individu masing masing.

Tadi, saya sebenarnya fikirkan tajuk lain, tapi ni dah tulis benda lain pulak..haisy! Bermonolog sendiri terus letak tajuk Macam Mana Saya Menulis ...

Salam ukhuwwah dari kami di 'Muslim Dan Kehidupan', kalau ada tips lain lagi tolong bagi sekali ya di ruangan komen. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan