Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Selasa, 30 April 2019

PENGUSAHA TAHFIZ TAMAK?-MASALAH PENGUSAHA MADRASAH YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

    Kebiasaannya, yuran madrasah ditetapkan pada harga yang minimum kerana  'orang kita' tak ramai yang senang. Sekarang ini rata rata kebanyakan madrasah (dalam kategori sederhana) mengenakan yuran antara RM200.00 (purata RM6 lebih sehari) sehingga RM500.00  (purata RM16 lebih sehari) sebulan untuk pembelajaran+makan dan asrama, bergantung pada perkhidmatan yang disediakan (separuh hari/ ulang alik/ sepenuh masa) . Masih di anggap kecil berbanding bajet sekolah berasrama sekolah kerajaan bersaamaan RM18.00 sehari untuk budget makanan sahaja. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kos-makan-sbp-kementerian-pendidikan-sangkal-dakwaan-najib-1.831294
    Madrasah pula nak maksimumkan penyertaan orang ramai untuk belajar. Jangan cepat menuduh pengusaha tamak, jika mereka mahu berbisness, mereka tidak buka madrasah, mereka buka bisness. Nun kita tengok, di shopping mall naik kuda/motor/keretapi mainan seminit dua dicas RM 10.00, air segelas berbelas ringgit kita sanggup bayar. Tuisyen beberapa kali sebulan boleh cecah ratusan ringgit. Atau bandingkan saja yuran taska/tadika kebiasaannya RM450.00 sebulan untuk dua sesi pagi dan petang setiap hari 7 pagi sehingga 5:30 petang adalah normal jika di bandar.Ambil anak lambat, cas lain pula dikenakan untuk setiap jam yang lambat melebihi 6 petang kerana mereka dikira telah menjaga overtime. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/406266/yuran-taska-dijangka-naik.  Bermakna ini jumlah standard operasi sekolah swasta.
    Apatah lagi sekolah berasrama, perlu dikenakan yuran, supaya perjalanan operasi tidak terjejas.Jadi, kebiasaannya kos operasi madrasah yang melebihi pendapatan madrasah didapati dari luar sama ada, dari pencen sendiri, untung perniagaan yang dibuat sampingan, pinjaman saudara mara atau sumbangan orang ramai.
    Keratan akhbar Utusan 24 April bertajuk 'Bukan niat abai selenggara pusat tahfiz' melaporkan Dato Mustapa Othman yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar Tahfiz berkata, " Sebelum pengusaha pusat tahfiz berhasrat membuka pusat berkenaan sebenarnya mereka sudah melakukan kira kira peruntukan dan kos yang diperlukan tetapi apabila berlaku hal hal diluar jangka seperti 30 peratus ibu bapa gagal membayar yuran, maka kos penyelenggaraan terpaksa ditangguhkan". Lihat entri saya sebelum ini http://muslimdankehidupan.blogspot.com/2016/11/yuran-atau-duit-poket.html?m=1 tentang masalah pengusaha tahfiz dan yuran lapuk yang tiada penyelesaian.
    Selain itu mereka juga berhadapan masalah jika terdapat kebocoran paip, bil air juga akan melambung tinggi terutama jika bangunan tahfiz menggunakan bangunan komersial, seperti bangunan kedai, tidak cukup dengan kenaikan tarif air dan elektrik saban tahun, mereka terpaksa  pula membayar  pembaziran sumber air dan elektrik. Tuan tuan, madrasah bukan saja menanggung kos selenggara kebocoran paip ini yang tak kurang mahalnya, tetapi juga terdesak membayar bil yang tinggi 3 atau 4 kali ganda bergantung pada tahap kebocoran. Tarif air dan elektrik juga bergantung pada bangunan, biasanya tarif lebih tinggi daripada tarif kediaman. Bil air atau elektrik, selang sebulan dapat notis pemotongan itu perkara biasa.Tidak dibayar, bekalan dipotong. 
    Memetik lagi kenyataan beliau yang juga adalah pengasas dan penaung Pusat Pengajian Tahfiz Ar Raudhah, " Jangan terkejut apabila tandas tersumbat, pintu tercabut dan soket terbakar berkali-kali dalam tempoh sebulan.Kita sedar kos penyelenggaraan ini penting tapi ada beberapa situasi yang mendesak pengusaha untuk memilih mana yang lebih mustahak dan perlu diutamakan seperti makan minum 40 pelajar dan elaun empat orang ustaz yang memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 sebulan". Secara logiknya, perbelanjaan operasi madrasah bukan hanya tertakluk pada belian makanan semata-mata yang berubah-ubah mengikut jumlah pelajar, tetapi madrasah juga ada komitmen bulanan  lain lagi seperti elaun ustaz/ ustazah, bil, sewa bangunan /bayaran pinjaman pembelian bangunan. Jika tanah wakaf sekalipun, maintainance tetap perlu dilakukan dari masa ke masa. Apatah lagi jika mahu bina bangunan atau membuat renovasi/ naik taraf bangunan. Lebih besar sesuatu institusi itu, lebih besar lagi belanja bulanan itu. Apabila banyak kos dikeluarkan untuk perkara lain, kos operasi utama juga terjejas. Sifirnya begini, penggunaan duit banyak tetapi sumbernya terhad, maka keutamaan akan diberi pada perkara yang lebih mendesak.
   Pernah seseorang menghantar gambar kipas di sebuah madrasah, kipas dinding itu diletakkan di dalam kotak grill. Mungkin ada yang rasakan perkara itu lucu, tapi ada sahabat yang berkongsi cerita, kipas yang disediakan madrasah yang baru dibeli beberapa bulan rosak. Mana tidaknya, tangan banyak yang guna. Ada yang patah, ada yang rosak, terbakar kerana penggunaan tanpa henti, sama ada terlupa atau diangkut ke sana ke mari, ada yang gunakan kipas untuk keringkan baju, ada kipas yang jadi tempat sangkut barang. Apalah yang budak budak faham tentang maintainance, jika rosak minta madrasah ganti baru/baiki. Jarang pula parents datang ke madrasah mengganti peralatan yang dirosakkan anaknya. Tidak kira kipas rosak, katil patah - ya, katil besi tu boleh patah sebab bersembang beramai-ramai di atas katil adalah pemandangan normal di asrama, tilam berlubang dikorek atau loker pecah . Bagi mereka, yuran sudah dibayar.

Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.

Sabtu, 27 April 2019

Jauhi berkawan dengan 4 orang ini

Jangan jadikan empat jenis orang ini sahabat sejati anda.

1-Seorang yang fasiq. Orang sebegini akan menikam belakang anda untuk duit.

2-Seorang penipu.Orang ini akan selalu membohongi anda.

3-Seorang yang bodoh. Orang sebegini akan merugikan / memudaratkan anda walaupun perkara yang dibuat dengan niat yang baik.

4-Seorang yang memutuskan silaturrahim dengan keluarganya.

Jumaat, 26 April 2019

Senarai madrasah Alim / Alimah di Selangor

Madrasah-madrasah yang menyediakan pengajian kitab (alim atau alimah) di Selangor sepengetahuan saya, jika anda tahu madrasah tempat lain lagi sila nyatakan di ruangan komen supaya saya boleh tambahkan lagi dalam senarai.

1- Madrasah Miftahul Ulum, Seri Petaling
No tel : 0195287597

2- Madrasah Mazahirul Ulum Seksyen 7, Shah Alam
No tel : 0196888390

3- Darul Ulum Az Zahra, Paya Jaras, Sg Buloh, Selangor
No tel : +60 13-864 2808

4-Darul Ulum Zaiyadal Seksyen U14 Shah Alam
No tel:01111737228

5 -Maahad Darul Faqeh Morib
03 31982494

6- Maahad Tahfiz Ummul Qura
Sabak Bernam
No tel : 017-6393536

7-Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat, Pinggiran Subang, Shah Alam (Pengajian Alimah atau Hafizah)
017-6393257

8- Darul Tahfiz Al Iskandariah Lil Banat (pengajian tahfiz dan alimah)
No tel : 0173015552

9- Madrasah Tahfizul Quran Wa Ta'alim Al Islamiyyah
No tell: 01129472267

10- Madrasah Asyraful Ulum Bukit Naga ,Shah Alam
No tel :013-279 8365

11-Maahad Tahfiz@pondok Bustanul Arifin, Banting.
(0167312042)

12-Maahad Tahfiz@pondok Bustanul Arifat. Telok panglima garang.. (0167312042)

Seorang wanita, sebuah patung dan se-peti duit.

Gambar ehsan google
Ada satu kisah yang sangat mengesankan hati saya, kisah seorang wanita, sebuah patung dan se-peti duit yang saya baca dalam sebuah buku pada 9 tahun lepas pada 2010.

Tersebutlah kisah sepasang suami isteri, yang hidupnya sederhana biasa saja tapi setelah lama tempoh mereka hidup bersama si suami terjumpa satu peti rahsia si isterinya. 

Kehairanan, dia lalu membuka kotak peti tersebut dan sangat terkejut melihat banyaknya duit sepenuh peti dan satu patung  terisi di dalamnya.

Lantas isterinya dipanggil bagi menuntut jawapan. Bercerita si isteri, katanya sebelum berkahwin, ibunya berpesan : Bahagia rumah tangga itu terletak pada sabar isteri menahan marah pada suaminya. Jadi apabila aku merasa marah padamu, aku akan menjahit dan membuat patung. Sang suami berasa sangat gembira mendengarkan jawapan isterinya itu melihatkan hanya satu sahaja patung yang dibuat isterinya. 

Masih kehairanan dengan banyaknya duit milik isterinya, terus saja dia bertanya "Dan apa pula penjelasan kamu tentang duit yang banyak ini?" 
Menjawab pertanyaan suaminya, si isteri membuka mulut, "Duit ini aku kumpulkan hasil jualan patung yang aku buat sepanjang perkahwinan kita ." 
Ceritanya tamat, tapi moralnya puan puan isteri sekalian, daripada kita merungut sepanjang hidup kita, lebih baik lah kita buat sesuatu untuk upgrade kehidupan kita. Marah itu akan ada, suami kita manusia biasa. Halusi kenapa perkahwinan itu sebahagian daripada urusan agama. Carilah redha Allah, anda akan puas. 
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.



"Bukannya orang nak terkam"

     Pernah sekali, saya singgah di salah sebuah stesen petrol untuk bersolat Asar pada tahun 2015,  tempat solat yang disediakan agak sempit jugalah mungkin muat untuk 3 orang.
     Surau itu mempunyai satu pintu dan tiada tabir memisahkan bahagian lelaki dan wanita. Tempat tersebut juga bukan khas untuk mana-mana jantina. Jadi semasa saya sedang berwudu', seorang lelaki juga nak bersolat.
     Keadaan agak janggal, jadi saya dahulukan lelaki tersebut solat. Katanya tempat boleh muat lagi jadi saya boleh saja solat dibelakangnya. Tapi saya bertegas untuk menunggu sahaja di luar surau sementara habis lelaki tersebut solat, seusai solat sambil berlalu dia katakan pada saya, "boleh saja nak solat, bukannya orang nak terkam!" Saya senyap saja tidak menjawab. Dalam hati, bukannya kita bersangka buruk, tapi selain keselamatan diri dan harta, sangat janggal dua orang ajnabi yang berlainan jantina masuk bersama dalam bilik surau yang sempit.
Apa pendapat sahabat sekalian? Saya alu-alukan komen dan pandangan anda. Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi. 

Rabu, 24 April 2019

EMPAT GOLONGAN PELAJAR MADRASAH

Banyak orang banyak ragamnya, di bawah saya senaraikan beberapa jenis orang yang memohon masuk ke madrasah.

1-Pelajar yang niat nak belajar kerana Allah semata-mata. 
Golongan ini biasanya mempunyai azam yang kuat dalam pembelajarannya, mereka datang khatamkan Al-Quran dan balik membawa kejayaan ke rumah. Apa-apa halangan dan masalah dapat diatasi dengan jayanya kerana fokusnya hanya satu, apa yang akan didapati (hafal Al-Quran) lebih besar dan lebih manis daripada susah dan pahitnya pengorbanan yang dibuat.


2-Pelajar yang terpaksa masuk asrama.
Golongan ni terbahagi pula kepada beberapa bahagian, antara sebabnya kerana :

a) tiada orang nak jaga dirumah -biasanya ibubapa sibuk bekerja dan tiada orang dewasa yang lain boleh menjaganya.

b) sakit / gangguan sihir/histeria- mereka beranggapan madrasah tahfiz seperti rumah sakit untuk mengubati gangguan ini, sedangkan orang-orang yang sakit biasanya tidak boleh masuk ke kelas kerana meracau dan mereka mengganggu pula pelajar lain daripada belajar. Jika anda atau anak jagaan anda sakit, sila berubat sepenuhnya dahulu sebelum menghantar anak ke madrasah. Umpamanya Al-Quran adalah ubat, madrasah pula tempat membuat ubat, jika anda sakit anda tidak ke kilang ubat tapi ke hospital berjumpa doktor. Bayangkan pelajar baru masuk belajar Iqra atau merangkak baca Quran mereka tidak mampu mengubat orang sakit. Ustazah juga sudah cukup banyak tugas seharian menjaga kelas, disuruh pula jaga orang meracau, 2 atau 3 pagi menjerit-jerit. Silalah faham, tempat orang sakit bukan di madrasah.

c) Terpalit masalah sosial yang tidak dapat dikekang-ibu bapa mengambil pendekatan mudah untuk 'penjarakan' anak mereka di asrama madrasah memandangkan anak tersebut susah dikawal. Tuan /puan yang dirahmati Allah, sekali lagi saya tegaskan madrasah bukan tempat untuk pelajar 'sakit' / pelajar bermasalah. Ustaz-ustazah tiada kuasa sebesar itu, seperti pusat pemulihan akhlak. Ustaz/ ustazah cuma boleh memberi tunjuk ajar dan nasihat sahaja- itupun jika mereka ,mahu mendengar. Madrasah adalah tempat orang-orang yang mahu belajar, biasanya remaja yang memberontak ini mereka bukan saja tiada keinginan belajar tetapi juga mengajak orang lain membuat masalah pula.

3-Ikut trend- golongan ini masuk ke madrasah kerana orang lain masuk madrasah. Bila dia di madrasah cuma menghabiskan masa dengan sia-sia tanpa sebarang input. Mereka mengikut jadual, tetapi semangat belajarnya sangat rendah.Perbaharuilah niat, walaupun pada asalnya sekadar suka-suka, kerana apa yang terhidang di depan mata sangat tinggi nilainya.

4- Belajar di sekolah susah / tak mahu meneruskan persekolahan- tahukah anda jadual belajar di madrasah lebih panjang dan menghafal Al-Quran lebih rumit daripada sangkaan anda. Jika ke sekolah mula pada 7:30 pagi sehingga 1:30 petang, jadual asrama madrasah memerlukan anda menghadiri kelas sebelum subuh sehingga lah malam selepas Isya'. Lihat contoh di sini.

Akhir kata, niatlah belajar sesungguh hati kerana Allah, niatlah kerana Allah, kerana sandaran kepada Allah adalah sandaran yang kukuh. Jika telah berusaha dan betul niatnya tapi masih gagal khatamkan hafazan, jangan kecewa kerana Allah menilai setiap niat dan perlakuan hambanya.

Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.

Cara Mencari Madrasah Berdaftar Di Malaysia.

Assalamualaikum,

Bagaimanakah kita nak pastikan sesebuah madrasah itu berdaftar dengan pihak berwajib atau tidak?
Jawapan: Carilah KOD SEKOLAH atau nama madrasah tersebut di Portal Sistem Pendidikan Islam (SIMPENI). Portal ini di bawah seliaan JAKIM, anda boleh mencari maklumat terkini sesuatu madrasah. Klik SIMPENI untuk mencari maklumat yang anda perlukan.
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.

Selasa, 9 April 2019

VISA UNTUK PELAJAR AGAMA ISLAM KE MADRASAH DI MALAYSIA

Assalamualaikum,

(KAEDAH INI TERTAKLUK KEPADA KATEGORI PELAJAR 18 TAHUN KE ATAS)
      Biasanya kalau kita nak belajar ke luar negara, kita akan buat proses permohonan visa di negara masing-masing dan kita boleh mohon visa pelajar untuk 3-5 tahun sekali mohon, tapi proses untuk belajar di madrasah atau pondok di Malaysia tiada peruntukan visa pelajar, visa pelajar yang ada cuma untuk pengajian di universiti.
      Kalau pelajar asing nak mohon belajar di madrasah atau pondok, madrasah (yang disebut sebagai penganjur) perlu mohon visa ikhtisas untuk pelajar tersebut. Syaratnya madrasah tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri masing-masing dan imigresen.

        Di sini sila klik cara proses visa daripada salah satu madrasah di Selangor.
Klik link ini untuk syarat Ikhtisas mendaftarkan pelajar ke e-ikhtisas (JAKIM) dan di sini syarat daripada Portal Imigresen dan klik di sini untuk dokumen dokumen yang diperlukan imigresen.

        Pelajar tersebut perlulah menduduki sesi temuduga, dan tempoh sokongan pas ikhtisas diberikan mengikut pertimbangan pegawai JAIS (jika di Selangor) hasil temuduga berkenaan. Biasanya untuk kali pertama tempoh sokongan ikhtisas cuma untuk beberapa bulan saja. Kemudian pemohon hendaklah memperbaharui permohonan 2-3 minggu sebelum tamat tarikh luput kerana prosedurnya agak banyak.
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.