Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Selasa, 30 April 2019

PENGUSAHA TAHFIZ TAMAK?-MASALAH PENGUSAHA MADRASAH YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

    Kebiasaannya, yuran madrasah ditetapkan pada harga yang minimum kerana  'orang kita' tak ramai yang senang. Sekarang ini rata rata kebanyakan madrasah (dalam kategori sederhana) mengenakan yuran antara RM200.00 (purata RM6 lebih sehari) sehingga RM500.00  (purata RM16 lebih sehari) sebulan untuk pembelajaran+makan dan asrama, bergantung pada perkhidmatan yang disediakan (separuh hari/ ulang alik/ sepenuh masa) . Masih di anggap kecil berbanding bajet sekolah berasrama sekolah kerajaan bersaamaan RM18.00 sehari untuk budget makanan sahaja. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kos-makan-sbp-kementerian-pendidikan-sangkal-dakwaan-najib-1.831294
    Madrasah pula nak maksimumkan penyertaan orang ramai untuk belajar. Jangan cepat menuduh pengusaha tamak, jika mereka mahu berbisness, mereka tidak buka madrasah, mereka buka bisness. Nun kita tengok, di shopping mall naik kuda/motor/keretapi mainan seminit dua dicas RM 10.00, air segelas berbelas ringgit kita sanggup bayar. Tuisyen beberapa kali sebulan boleh cecah ratusan ringgit. Atau bandingkan saja yuran taska/tadika kebiasaannya RM450.00 sebulan untuk dua sesi pagi dan petang setiap hari 7 pagi sehingga 5:30 petang adalah normal jika di bandar.Ambil anak lambat, cas lain pula dikenakan untuk setiap jam yang lambat melebihi 6 petang kerana mereka dikira telah menjaga overtime. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/406266/yuran-taska-dijangka-naik.  Bermakna ini jumlah standard operasi sekolah swasta.
    Apatah lagi sekolah berasrama, perlu dikenakan yuran, supaya perjalanan operasi tidak terjejas.Jadi, kebiasaannya kos operasi madrasah yang melebihi pendapatan madrasah didapati dari luar sama ada, dari pencen sendiri, untung perniagaan yang dibuat sampingan, pinjaman saudara mara atau sumbangan orang ramai.
    Keratan akhbar Utusan 24 April bertajuk 'Bukan niat abai selenggara pusat tahfiz' melaporkan Dato Mustapa Othman yang juga Presiden Pertubuhan Kebajikan Pelajar Tahfiz berkata, " Sebelum pengusaha pusat tahfiz berhasrat membuka pusat berkenaan sebenarnya mereka sudah melakukan kira kira peruntukan dan kos yang diperlukan tetapi apabila berlaku hal hal diluar jangka seperti 30 peratus ibu bapa gagal membayar yuran, maka kos penyelenggaraan terpaksa ditangguhkan". Lihat entri saya sebelum ini http://muslimdankehidupan.blogspot.com/2016/11/yuran-atau-duit-poket.html?m=1 tentang masalah pengusaha tahfiz dan yuran lapuk yang tiada penyelesaian.
    Selain itu mereka juga berhadapan masalah jika terdapat kebocoran paip, bil air juga akan melambung tinggi terutama jika bangunan tahfiz menggunakan bangunan komersial, seperti bangunan kedai, tidak cukup dengan kenaikan tarif air dan elektrik saban tahun, mereka terpaksa  pula membayar  pembaziran sumber air dan elektrik. Tuan tuan, madrasah bukan saja menanggung kos selenggara kebocoran paip ini yang tak kurang mahalnya, tetapi juga terdesak membayar bil yang tinggi 3 atau 4 kali ganda bergantung pada tahap kebocoran. Tarif air dan elektrik juga bergantung pada bangunan, biasanya tarif lebih tinggi daripada tarif kediaman. Bil air atau elektrik, selang sebulan dapat notis pemotongan itu perkara biasa.Tidak dibayar, bekalan dipotong. 
    Memetik lagi kenyataan beliau yang juga adalah pengasas dan penaung Pusat Pengajian Tahfiz Ar Raudhah, " Jangan terkejut apabila tandas tersumbat, pintu tercabut dan soket terbakar berkali-kali dalam tempoh sebulan.Kita sedar kos penyelenggaraan ini penting tapi ada beberapa situasi yang mendesak pengusaha untuk memilih mana yang lebih mustahak dan perlu diutamakan seperti makan minum 40 pelajar dan elaun empat orang ustaz yang memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 sebulan". Secara logiknya, perbelanjaan operasi madrasah bukan hanya tertakluk pada belian makanan semata-mata yang berubah-ubah mengikut jumlah pelajar, tetapi madrasah juga ada komitmen bulanan  lain lagi seperti elaun ustaz/ ustazah, bil, sewa bangunan /bayaran pinjaman pembelian bangunan. Jika tanah wakaf sekalipun, maintainance tetap perlu dilakukan dari masa ke masa. Apatah lagi jika mahu bina bangunan atau membuat renovasi/ naik taraf bangunan. Lebih besar sesuatu institusi itu, lebih besar lagi belanja bulanan itu. Apabila banyak kos dikeluarkan untuk perkara lain, kos operasi utama juga terjejas. Sifirnya begini, penggunaan duit banyak tetapi sumbernya terhad, maka keutamaan akan diberi pada perkara yang lebih mendesak.
   Pernah seseorang menghantar gambar kipas di sebuah madrasah, kipas dinding itu diletakkan di dalam kotak grill. Mungkin ada yang rasakan perkara itu lucu, tapi ada sahabat yang berkongsi cerita, kipas yang disediakan madrasah yang baru dibeli beberapa bulan rosak. Mana tidaknya, tangan banyak yang guna. Ada yang patah, ada yang rosak, terbakar kerana penggunaan tanpa henti, sama ada terlupa atau diangkut ke sana ke mari, ada yang gunakan kipas untuk keringkan baju, ada kipas yang jadi tempat sangkut barang. Apalah yang budak budak faham tentang maintainance, jika rosak minta madrasah ganti baru/baiki. Jarang pula parents datang ke madrasah mengganti peralatan yang dirosakkan anaknya. Tidak kira kipas rosak, katil patah - ya, katil besi tu boleh patah sebab bersembang beramai-ramai di atas katil adalah pemandangan normal di asrama, tilam berlubang dikorek atau loker pecah . Bagi mereka, yuran sudah dibayar.

Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan