Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Jumaat, 26 April 2019

Seorang wanita, sebuah patung dan se-peti duit.

Gambar ehsan google
Ada satu kisah yang sangat mengesankan hati saya, kisah seorang wanita, sebuah patung dan se-peti duit yang saya baca dalam sebuah buku pada 9 tahun lepas pada 2010.

Tersebutlah kisah sepasang suami isteri, yang hidupnya sederhana biasa saja tapi setelah lama tempoh mereka hidup bersama si suami terjumpa satu peti rahsia si isterinya. 

Kehairanan, dia lalu membuka kotak peti tersebut dan sangat terkejut melihat banyaknya duit sepenuh peti dan satu patung  terisi di dalamnya.

Lantas isterinya dipanggil bagi menuntut jawapan. Bercerita si isteri, katanya sebelum berkahwin, ibunya berpesan : Bahagia rumah tangga itu terletak pada sabar isteri menahan marah pada suaminya. Jadi apabila aku merasa marah padamu, aku akan menjahit dan membuat patung. Sang suami berasa sangat gembira mendengarkan jawapan isterinya itu melihatkan hanya satu sahaja patung yang dibuat isterinya. 

Masih kehairanan dengan banyaknya duit milik isterinya, terus saja dia bertanya "Dan apa pula penjelasan kamu tentang duit yang banyak ini?" 
Menjawab pertanyaan suaminya, si isteri membuka mulut, "Duit ini aku kumpulkan hasil jualan patung yang aku buat sepanjang perkahwinan kita ." 
Ceritanya tamat, tapi moralnya puan puan isteri sekalian, daripada kita merungut sepanjang hidup kita, lebih baik lah kita buat sesuatu untuk upgrade kehidupan kita. Marah itu akan ada, suami kita manusia biasa. Halusi kenapa perkahwinan itu sebahagian daripada urusan agama. Carilah redha Allah, anda akan puas. 
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan