Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Jumaat, 26 April 2019

"Bukannya orang nak terkam"

     Pernah sekali, saya singgah di salah sebuah stesen petrol untuk bersolat Asar pada tahun 2015,  tempat solat yang disediakan agak sempit jugalah mungkin muat untuk 3 orang.
     Surau itu mempunyai satu pintu dan tiada tabir memisahkan bahagian lelaki dan wanita. Tempat tersebut juga bukan khas untuk mana-mana jantina. Jadi semasa saya sedang berwudu', seorang lelaki juga nak bersolat.
     Keadaan agak janggal, jadi saya dahulukan lelaki tersebut solat. Katanya tempat boleh muat lagi jadi saya boleh saja solat dibelakangnya. Tapi saya bertegas untuk menunggu sahaja di luar surau sementara habis lelaki tersebut solat, seusai solat sambil berlalu dia katakan pada saya, "boleh saja nak solat, bukannya orang nak terkam!" Saya senyap saja tidak menjawab. Dalam hati, bukannya kita bersangka buruk, tapi selain keselamatan diri dan harta, sangat janggal dua orang ajnabi yang berlainan jantina masuk bersama dalam bilik surau yang sempit.
Apa pendapat sahabat sekalian? Saya alu-alukan komen dan pandangan anda. Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan