Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Selasa, 9 April 2019

VISA UNTUK PELAJAR AGAMA ISLAM KE MADRASAH DI MALAYSIA

Assalamualaikum,

(KAEDAH INI TERTAKLUK KEPADA KATEGORI PELAJAR 18 TAHUN KE ATAS)
      Biasanya kalau kita nak belajar ke luar negara, kita akan buat proses permohonan visa di negara masing-masing dan kita boleh mohon visa pelajar untuk 3-5 tahun sekali mohon, tapi proses untuk belajar di madrasah atau pondok di Malaysia tiada peruntukan visa pelajar, visa pelajar yang ada cuma untuk pengajian di universiti.
      Kalau pelajar asing nak mohon belajar di madrasah atau pondok, madrasah (yang disebut sebagai penganjur) perlu mohon visa ikhtisas untuk pelajar tersebut. Syaratnya madrasah tersebut mestilah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri masing-masing dan imigresen.

        Di sini sila klik cara proses visa daripada salah satu madrasah di Selangor.
Klik link ini untuk syarat Ikhtisas mendaftarkan pelajar ke e-ikhtisas (JAKIM) dan di sini syarat daripada Portal Imigresen dan klik di sini untuk dokumen dokumen yang diperlukan imigresen.

        Pelajar tersebut perlulah menduduki sesi temuduga, dan tempoh sokongan pas ikhtisas diberikan mengikut pertimbangan pegawai JAIS (jika di Selangor) hasil temuduga berkenaan. Biasanya untuk kali pertama tempoh sokongan ikhtisas cuma untuk beberapa bulan saja. Kemudian pemohon hendaklah memperbaharui permohonan 2-3 minggu sebelum tamat tarikh luput kerana prosedurnya agak banyak.
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan