Nyawa masih panjang
Masih belum terlambat untuk saya ucap Selamat Hari Raya buat para pembaca.
Ok kita teruskan dengan cerita kali ni:
Saya masuk ke dapur untuk sediakan makanan, dapur rumah saya tidaklah besar mana, dua tiga kaki dari tempat saya berdiri saya ternampak seekor ular, tapi mujur nyawa masih panjang.
Ok kita teruskan dengan cerita kali ni:
Saya masuk ke dapur untuk sediakan makanan, dapur rumah saya tidaklah besar mana, dua tiga kaki dari tempat saya berdiri saya ternampak seekor ular, tapi mujur nyawa masih panjang.
Bunyi barang bergesel yang buat saya terkejut melihat kepala ular di celahan dapur, lalu saya lari keluar dari dapur dan menutup pintu dapur serta panggil bomba. Termenung seketika.
Tak pernah lagi berlaku perkara seumpamanya sebelum ni. Banyak mujur dalam kejadian tadi, mujur bukan anak saya yang turun ke dapur, mujur bunyi barang jatuh,mujur sempat lari, mujur tak dipatuk. Allah Allah..
Saya ini jarang benar nak berbagi duit raya, tahun ni terasa nak bersedekah duit raya pada keluarga yang terdekat. Mungkin juga sedekah ini asbab Allah selamatkan saya. Sedekah itu kan menolak bala.
Memandangkan tahun ni hangat topik duit raya, jadi tergerak hati saya nak berkongsi kisah ini. Berbagi duit raya juga kan salah satu dari cara sedekah. Jadi niatlah nak sedekah kerana Allah. Dia lebih tahu keadaan kita, dipanjangkan nyawa juga rezeki. Begitulah Allah bagi kita, rezeki yang lebih kita perlukan berbanding rezeki yang kita harapkan. Juga pesan pada penerima duit raya, tak perlulah kecohkan berapa jumlah duit raya sedikit di media sosial sebab kita pun tidak tahu keadaan sebenar seseorang itu, nampak kereta besar tapi tak tahu mungkin mereka melarat ditimpa hutang. http://viralohviral.co/twitter-wanita-ini-diserang-gara-gara-mempertikaikan-duit-raya-rm5/?fbclid=IwAR1awcAPphy9Qk4cdtQmYGsH51B4sN7CyTJ0-ZWfmMeb302lfrSl7SN9y08
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.
Ulasan
Catat Ulasan