Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Ahad, 16 Jun 2019

Petua elakkan kulit gatal dan merekah semasa mengandung dan menghitam selepas bersalin..

Saya ada terbaca rintihan seorang isteri, suaminya mahu menceraikan beliau hanya kerana kulit perutnya hitam menggerutu selepas bersalin. Menyedihkan ya, jadi wanita jika pasangan demand lebih lebih ni? Lepas bersalin memang la perut akan menggelebeh sekejap, pasal perut tu dah jadi acuan bawak budak 9 bulan kan?
Macam ni dik, kepada first timer ibu mengandung ingat lah benda ni kita boleh cuba ikhtiarkan.

 PERTAMA: 
Jangan garu perut anda! Yes bila mengandung, kulit semakin menegang awak akan terasa gatal dan sedap menggaru. Bila awak garu perut awak, akan buatkan keadaan bertambah teruk. Nanti buakn parut menegang je, tapi akan tinggalkan parut macam calar-calar.

KEDUA:
Elakkan minum kopi atau apa apa yang dipercayai akan buatkan kulit awak kering. Lagi kulit kering lagi sedap menggaru. Sudahnya nanti awak juga menyesal bila berparut. 

KETIGA: (PALING PENTING)
Bila kulit kering, kena lah ada usaha nak lembapkan dia. Awak jangan malas, masuk bulan ke 4 atau ke lima mengandung tu biasanya dah ketara perut awak meregang, jadi awak sapu lah minyak kelapa dara ke, losyen ke, minyak baby ke. So, instead of garu perut awak, awak letak lah ajen pelembap kulit tu, ikut mana yang awak suka pastikan sentiasa ada. Ok? 

P/S: Kalau awak ada petua lain sila cerita dalam bahagian komen. Kalau awak rasa post ni bermanfaat awak share lah supaya orang lain boleh tahu juga. Nak copy paste pun ok je. Kalau post ni sampai kepada orang yang memerlukan, kita dah boleh kurangkan seorang rakyat yang stress kan? 
Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan