Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Selasa, 18 Jun 2019

Petua Sejukkan Badan dari Demam

Anak yang demam tidak boleh dibiarkan badannya panas berpanjangan, suhu yang terlampau panas boleh menyebabkan sawan. 

Biasanya jika suhu baby panas, elakkan pakai terlalu banyak pakaian supaya suhu panas badan boleh keluar.
Untuk menghilangkan panas, boleh guna air kosong , tapi untuk lebih berkesan,boleh lah ambil segenggam asam jawa, campurkan dengan secawan air dan ramaskan asam jawa sehingga larut. 

Kemudian lumurkan air ke seluruh badan termasuk bawah ketiak dan bawah kepala, ambil airnya sahaja ya nanti penuh asam jawa tu kat rambut anak dan elakkan terkena mata supaya tidak pedih. Lakukan berulang-ulang. 

Bagi muslim, boleh membaca doa ini 

اللَّهُمَّ ربَّ النَّاسِ ، أَذْهِب الْبَأسَ ، واشْفِ ، أَنْتَ الشَّافي لا شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ ، شِفاءً لا يُغَادِرُ سقَماً
 
Jika demam berpanjangan melebihi 2 hari, sila bawa anak berjumpa doktor untuk dapatkan nasihat dari yang pakar.

Salam ukhuwwah dari team Muslim Dan Kehidupan, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan