Mengenai Saya

Foto saya
Pemuda-pemudi pemimpin masa depan negara. Saya bercita-cita supaya saya termasuk salah seorang pembina sahsiah diri remaja kita hari ini.Walaupun sedikit dan kecil. Semoga dikira sebagai amal yang diterima.

Ahad, 10 Oktober 2021

Cara buat google form, cara semak jawapan, dan cara save semua borang dan simpan ke excel (VIDEO)

#DiariMadrasah siri 10: Google Form Memang dah ramai orang tahu, tapi saya nak share juga cara buat borang google, share ke link whatsapp, kumpul data dan simpan dalam excel. Boleh guna untuk persatuan, bisness kecil dan juga madrasah dan sekolah. Lebih mudah berbanding nak buat borang manual secara hardcopy, nak print lagi, nak agih pula, menunggu serahan semula, nak kumpul dan key in balik data dalam komputer. Moga bermanfaat.

Sabtu, 12 Jun 2021

Madrasah selepas PKP 2020 (video)


                                   Kolaborasi bersama media DUAZ untuk penerbitan video  ini.

Jumaat, 11 Jun 2021

Cara guna google meet tanpa install app google meet.(video)


Assalamualaikum, 

Jika storage fon penuh dan anak perlu guna google meet untuk sesi PdPR,  apa kita perlu buat adalah:

1- delete gambar atau video atau file dalam fon supaya dapat bagi ruang untuk install app baru (google meet)

2- Tak nak delete files dan gambar, kita boleh log in ke google meet melalui app gmail atau log in ke gmail secara manual.

3- Tak ada app gmail dalam fone, masih boleh access ke google meet melalui akaun google biasa. Log in secara manual ke google akaun dan terus klik ke google meet.

4-Tak ada akaun google meet? Sign up lah untuk gmail, anda akan dapat akaun google secara percuma dan boleh access ke semua google apps termasuk google meet. 

Masih tak faham? boleh tengok video di bawah .









 

Khamis, 8 April 2021

Memelihara maruah diri





Memelihara Maruah Diri

Mengerikan bila tengok data dan statistik REMAJA terjerat dengan perbuatan yang salah laku seksual berlawanan jenis atau sesama jenis dari pelbagai tempat. 

Antara perkara yang akan saya sebut setiap awal tahun juga ada berkenaan dengan perilaku yang tidak bermoral ni.

Rata rata di dunia hari ni mempromosikan seks bebas. Anak remaja kita "diserang" dan di'brainwash' setiap hari. Tidak cukup dengan TV, sekarang screen ada di setiap fon. Yang tinggal hanya kamu mahu apa dengan fon . Walaupun tiada kes, kita tetap perlu ingatkan dan dedahkan takat mana yang tidak boleh, mana yang boleh. 

Muda mudi hari ini disogokkan dengan cerita cinta itu indah, sedangkan couple itu haram, sama ada berlawanan jenis apatah lagi jika dengan sesama jenis. 

Jadi tanggungjawab kita untuk mencegah. Lebih baik mencegah. Cegah maknanya jangan bagi chance langsung ia dari berlaku.

Cegah dari awal. Mesti bermula dari diri sendiri, bagaimana kita perlu jaga diri dan kawal perbuatan kita. Jaga batas perilaku dan pelihara maruah diri. 

Kemudian baru batasan pergaulan dengan orang lain. Walaupun, sesama jenis. Tetap ada batasannya. Jangan diikutkan drama cinta. Dalam TV nampak sweet lagaknya. Tapi realitinya cerita perbuatan duduk-duduk berduaan di tepi taman berakhir dengan kisah pembuangan anak. Nauzubillahi min zaalik.  

Perangai syaitan sentiasa mencucuk hati manusia dengan bisikan maksiat. Kita tidak tahu cucukan mana yang akan merasuk hati. Jangan sesekali kita rasa diri mulia dan selamat. Perlu takut dan selalu minta perlindungan dari Allah supaya dijauhi dari perbuatan dan fikiran yang jahat. Takuti fitnah dari lelaki mahupun fitnah dari perempuan.

اللهم انا نعوذ بك من فتنة الرجال و فتنة النساء ونعوذ بك من  فتنة المحيا والممات. 

Hazwani CheAge 

Diari madrasah siri 2

*Gambar tahun lepas di DUAZ, anjuran program NGO: Kesihatan Seksual Remaja.


Selasa, 31 Disember 2019

Scammer cari makan.

SEPANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA TERKANTOI JUGA...
Saya kasihan dengan orang yang susah, disusahkan lagi dengan penipuan manusia tamak tidak berhati perut, banyak pendedahan yang dibuat maka semakin licik lah kegiatan scammer pembohong. Antara penipuan yang sudah ramai terkena adalah :

1- Panggilan daripada pejabat pos, mulanya panggilan itu dijawab oleh mesin mengatakan ada barang yang tidak dituntut, kemudian mangsa akan di arahkan menekan nombor untuk disambung kepada pegawai bertugas menerangkan bukan barang yang tidak dituntut tetapi ada sekatan transaksi yang anda lakukan dan minta anda ke pejabat pos Kuantan, kerana barang yang anda hantar ke Serawak tidak dapat dihantar yang berisi kad pengenalan dan kad kredit maybank, kemudian talian akan disambungkan kepada 'bahagian khas polis Kuantan'. Scammer akan menyuruh anda melihat Google nombor polis Kuantan kemudian mengatakan dia akan merekod perbualan anda menggunakan satu lagi nombor telefon yang hampir sama seperti nombor yang anda google tetapi mempunyai 'nombor kod khas' didepannya. Kemudian dia menanyakan butir peribadi anda. Di situlah anda akan dijerat.

2-Lebih kurang sama dengan cara yang pertama, tetapi menggunakan nama telekom malaysia. Katanya akaun telefon anda akan di potong dalam masa 2 jam kerana telekom mendapati akaun anda telah disalahgunakan untuk kegiatan yang salah/jenayah. Jangan sekali-kali mendedahkan maklumat peribadi anda atau ditipu! Saya cukup menyampah! Boleh blah, lepas dua jam cuba tengok talian anda tidak diapa-apakan. Sebab mereka sebenarnya pembohong besar.

3- Yang ni sangat licik, penipu ini akan menggunakan nama page facebook peniaga sebenar untuk menipu mangsa dengan jualan harga yang sangat-sangat murah, scammer ini boleh menyamar jadi penjual kain,penjual kasut, penjual emas, atau ajen apa sajalah yang yang dia boleh fikir. kemudian lepas mangsa bank in duit ke akaun yang disuruh, dia senyap je tak jawab fon/ tak balas mesej kemudian mangsa akan hubungi peniaga yang sebenar. kat situlah pecah tembelang. Biasanya bila dah kantoi ramai dia akan tukar nombor fon. Kesian kat orang yang nak berjimat duit tapi makin rugi, lagi kesian kat peniaga online yang betul-betul nak cari rezeki tapi terjejas sebab scammer penipu macam ni.

4- Cara yang ke empat, agak lapuk bila call dia menyamar dari mahkamah atau polis dan menuntut supaya bayaran dibuat untuk melepaskan diri dari kes jenayah yang anda tak pernah buat, biasanya mangsa yang panik akan segera buat pembayaran dan hanya sedar selepas pembayaran dibuat.

5- Lovescam / mesej bahawa anda menang peraduan/ mesej atau emel bahawa anda dapat sejumlah duit yang sangat banyak atau tiba tiba dapat bantuan yang tak pernah anda minta , tapi nak dapatkan duit ni anda kena bayar sejumlah wang... haih yang ni tak payah cerita dah selalu keluar berita.

6- Cara ni biasanya kena pada badan kebajikan / sekolah / madrasah (biasanya akaun yang terdedah), yang dia ada tersilap dermakan sejumlah wang ke akaun mangsa dan minta refund SEGERA. Kadang peniaga pun terkena juga pasal biasanya kan akaun peniaga online ni terdedah. jadi dia cakap dia dah masukkan duit secara tidak sengaja dan minta mangsa transfer semula ke akaunnya kerana kononnya si penipu ni, dia ada hal yang sangat mustahak yang perlu diselesaikan segera. RELAX! cek la akaun awak online sekejap je tak sampai pun seminit. Kalau tak ada transaksi yang didakwa, JANGAN SEKALI KALI transfer duit tak kira lah apa pun alasannya, biasa alasannya kata dah transfer tapi giro transfer jadi ambil masa sehari untuk masuk akaun kita, siap bagi slip palsu lagi dan duit tu sangat urgent untuk digunakan waktu tu jugak.

7- Satu lagi cara guna topeng buat kebajikan, contoh menyumbang water filter minta penerima daftar nama kemudian penerima sumbangan tu terpaksa menanggung bayaran ansuran secara terpaksa apabila sejumlah duit dipotong dari akaunnya secara automatik, atau ada juga kononnya nak menyumbang selori batu bata atau simen kepada projek kebajikan yang sedang buat pembinaan kemudiannya meminta agar dibayar kos lori penghantaran. Mangsa akan sedar ditipu setelah lori batu bata atau simen yang diharapkan tidak muncul muncul tiba.

Cukup dulu 7 contoh penipuan zaman moden ni, yang penting kesedaran masyarakat, terkadang bila jumlahnya kecil, dibiarkan saja penipu ni lepas. Kemudian lebih ramai lagi yang kena tipu. Kitalah warganet, kita lah masyarakat, anda pernah terkena? Jangan diamkan!

Khamis, 24 Oktober 2019

Macam Mana Saya Menulis Blog

Satni masa letakkan kepala ke bantal, idea datang  mencurah curah, dipaksanya mata, tetap buntang tak mau tidur....bila duduk depan lap top hilang habis apa yang nak dikata...

Mood
Nak menulis ni kena tengok mood jugak sebenarnya tuan tuan, kalau nak menulis rumah tunggang langgang, anak bertempik sini sana otak pun tak mau kerja.

Info
Biasanya sebelum menulis, perhatikan betul betul tajuk apa yang nak dibawa, kumpulkan maklumat sebaiknya. Maklumat tu seeloknya dah terkumpul di satu tempat. Seeloknya catat, paling baik, terus tulis inti dia di blog, kemudian save kan jadi draf dulu, bila bila masa jumpa lagi maklumat berkaitan tulis sikit lagi..download app blogger dalam phone, yang sikit-sikit tu boleh la tulis guna handphone. Kalau banyak sangat nanti masalah pulak dengan tangan kelenguhan dan berpinar mata. 

Semangat
Biasanya kita bersemangat nak menulis kalau kita rasa benda tu akan membuka luas mata orang ramai atau memberi faedah. Dulu saya selalu tertanya kenapa kalau search, banyak maklumat dalam bahasa Inggeris saja, bahasa Melayu Indonesia pun banyak..tapi bahasa Melayu Malaysia susah sikit nak dapat. Mungkin sebab orang kita tak suka sangat menulis dan menterjemah, ya ada tapi tak sebanyak info dalam bahasa Indonesia.. Tu dulu...zaman sebelum facebook lahir. Sekarang ni ok lah, masing masing dah celik IT. Harapnya jika nak menulis tu jangan asyik copy paste je artikel orang, sebaiknya kita tulis apa yang kita tahu...atau terjemahkan buku-buku ilmiah pelbagai bahasa ke bahasa Melayu.

Langkah secara berpada
 Kalau kita rasa dah banyak, maka banyakkan lah lagi...supaya masyarakat kita tak hanya berkisar pada pusingan kecil yang sama. Kalau nak kaji, ilmu sejarah Melayu sendiri pun sangat banyak yang kita belum tahu, apatah lagi ilmu-ilmu lain yang sangat besar ruangnya di alam ini. Seeloknya kita tulis apa yang kita minat, baru lah laju langkah kita. Jangan pula buat yang melangkaui batas tenaga dan kemampuan kita, kita akan keletihan tak terkejar..seterusnya terus mati niat. 

Masa
Kalau menulis ni secara sambilan (part time) saja, seeloknya kita tetapkan waktu yang sesuai dengan keadaan semasa  dan selesa untuk kita menulis. Setengah orang mungkin lebih selesa waktu pagi, mungkin setiap Ahad ke,  kalau  saya, malam jadi pilihan saya, waktu malam, sunyi dan tiada gangguan urusan seharian. Setengah orang, saya pernah dengar, kalau senyap sangat dia tak boleh berfikir..kena ada bunyi jugak hah yang ni rare! so, terpulang lah pada individu masing masing.

Tadi, saya sebenarnya fikirkan tajuk lain, tapi ni dah tulis benda lain pulak..haisy! Bermonolog sendiri terus letak tajuk Macam Mana Saya Menulis ...

Salam ukhuwwah dari kami di 'Muslim Dan Kehidupan', kalau ada tips lain lagi tolong bagi sekali ya di ruangan komen. Terima kasih.

Jumaat, 18 Oktober 2019

BMF DAN SEGALA KEMPEN

Setelah beberapa waktu mengikuti perkembangan kempen Buy Muslim's First (BMF), hari ini boleh saya katakan kempen ini lebih berkesan dari sebarang kempen, hatta lebih lagi dari kempen b*ik*t segala barangan yahudi sekaliannya. Hebat. Sebenarnya kampen utamakan barangan muslim ini sudah lama  dibuat, tapi tak seperti kita tengok pada hari ini sebelumnya hanya bertiup sepoi sepoi layu tak bersambut. Tiada kesatuan.
 Hari ini, kampen ini dirasa di kebanyakan  denyut nadi muslim seMalaysia, disentuh sehingga ke ulu hati, bukan hanya  ustaz-ustazah bahkan setiap lapisan masyarakat yang kebanyakan celik internet. Kesannya, kita boleh nampak permintaan tinggi mendadak sesetengah produk dan perkhidmatan syarikat muslim. Harap benar, suasana ini tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Ya, kebanyakannya orang yang tidak celik internet masih tidak disapa dengan kempen ini, mak cik pak cik di ceruk kampung atau yang tiada akses internet , harapnya ada lah yang menyampaikan.
Menariknya dengan penyatuan hati muslimin muslimat ini, terlalu banyak produk muslim yang berkualiti dan berpotensi besar diketengahkan. Hebat orang kita. Kita saja yang tidak tahu,  bila tidak laku, bagaimana hendak pusing modal? Semoga berniaga dengan rahmat Allah, lebih maju ke depan lagi untuk berkhidmat pada umat muslim keseluruhannya. Yang berniaga dapat untung, yang mengguna dapat hindarkan dari perkara yang syubhah, yang miskin dapat lah tempias zakatnya,  bersama-sama membina ummat yang cemerlang.
Salam ukhuwwah dari team Muslim dan Kehidupan, jumpa lagi.